Thursday, July 22, 2010

Logo

* PERISAI bermaksud benteng pertahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.



* BULAN DAN BINTANG bermaksud agama islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.



* DUA TANGKAI PADI BERSILANG bermaksud resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.



* BUKU DAN REHAL bermaksud peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan,kaum,agama,dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.



* WARNA HIJAU bermaksud alam sekitar yang sihat.



* WARNA MERAH bermaksud keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankn negara yang tercinta.



* WARNA KUNING bermaksud warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan negara Malaysia.



* WARNA PUTIH bermaksud keikhlasan dan kesucian.

No comments:

Post a Comment